Khamis, 19 April 2012

Cadangan Bagi Memperkasa Projek Tanaman Salak Di Negeri Terengganu.


Amalan Agronomi :
Pokok salak memerlukan naungan yang berbeza megikut peringkat pertumbuhan pokok. Pada peringkat awal pertumbuhannya, pokok salak memerlukan 70-80 % naungan tetapi apabila pokok telah matang, ianya memerlukan 40-50 % naungan sahaja. Sangat sesuai ditanam secara itergerasi dengan tanaman pokok buahan lain  dan dibawah tanaman kelapa. Di Daerah Setiu kebanyakan tanaman diusahakan di sekeliling rumah  dan  dusun berhampiran kampong. Kerana pokok salak memerlukan penjagaan yang berterusan terutama  dalam kerja mengawal musuh tanaman dan kerja pemangkasan pelepah daun .
Dua kaedah pemangkasan perlu dijalankan dari masa ke masa; iaitu:-
1.    Pemangkasan pelepah untuk memudahkan pemetik buah serta mengawal serangan musuh dan penyakit melalui pengudaraan.

2.    Pemangkasan anak sulur di peringkat awal pertumbuhan untuk mengelakkannya daripada menyaingi pertumbuhan pokok induk. Pemangkasan juga akan memudahkan kerja-kerja pengendalian dan penuaian apabila pokok salak mula megeluarkan hasil.  Ia paling sesuai dilakukan selepas musim menuai. Pelepah daun dipangkas dengan gergaji atau sabit tajam. Dengan cara ini, sinar matahari dapat masuk ke kebun salak dan pengambilan buah pun mudah dilakukan. Biasanya, bakal buah sebesar kelereng tubuh rapat sekali pada setiap tandan. Bakal buah perlu dibuang (penjarangan) agar buah salak tumbuh besar dan merata.
Cadangan Pengsyoran Bagi Memajukan Projek :
Projek ini diusahakan di sekitar rumah sebagai sumber pendapatan tambahan bagi petani yang mengusahakan tanaman padi dan getah.Disebabkan permintaan yang tinggi, tanaman salak ditanam dengan lebih meluas dan dijadikan salah satu produk keluaran utama di Negeri Terengganu.
Salak jenis Pondoh yang ditanam adalah dari jenis yang rendah dan tidak memerlukan ruang yang besar bagi membentuk kanopi. Pendebungaan berbantu turut diperlukan bagi tanaman salak jenis ini dan salak boleh dituai pada umur enam bulan (180 hingga 185 hari) selepas pendebungaan dilakukan. Di samping itu, kumbang juga turut digunakan dalam proses pendebungaan.
Program pemulihan dusun adalah salah satu projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian seharus nya di giatkan semula secara di intergrasikan bersama tanaman salak. Projek ini adalah bertujuan untuk memulihkan dusun buah-buahan di seluruh negara termasuk di Daerah Setiu Terengganu ini. .Tujuan program ini adalah untuk menggantikan pokok-pokok yang tidak produktif dengan klon-klon terpilih, berkualiti serta boleh dipasarkan diperingkat domestik dan eksport.

Pemasaran : . 
   Salak mutu AA adalah salak yang betul-betul baik, sihat dan besar-besar (satu kilogram berisi 11 hingga 13 biji) dan warnanya kekuning-kuningan manakala salak mutu AB adalah salak yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil (satu kilogram berisi 15 hingga 19 biji) adalah salak yang betul-betul sihat dan warnanya kekuning-kuningan. Sangat sesuai di gubah sama ada bersama produk buahan lain untok dijadaikan  hamper atau gubahan dulang hantaran dalam majlis pertunangan dan perkahwinan. Tempahan  hamper dan atau gubahan dulang hantaran dalam majlis pertunangan dan perkahwinan biasa nya di buat melalui pairing  oder   Bagi salak mutu C, biasanya digunakan untuk manisan dan jeruk,  satu kilogram biasanya berisi 25 hingga 30 biji dan warnanya kehitam-hitaman dan salak mutu BS iaitu salak yang sudah tidak layak untuk diperdagangkan biasanya busuk ataupun pecah dan cacat. Pehak Jabatan Pertanian Negeri Terengganu mesti bertanggungjawab sendiri bagi  mempromosi dan memasarkan produk  dengan cekap dan lebih meluas lagi.