Khamis, 29 April 2010

Empangan Baru Pemangkin Pertanian

TERENGGANU bakal mempunyai sebuah
lagi empangan apabila Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan
projek pem bi naan Paya Peda di
Besut yang berharga RM333 juta bermula
tahun ini sekali gus me na matkan penantian
mereka lebih 10 tahun lalu.
Projek pembinaan empangan terbabit
dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun
2013.
Apabila siap ia bukan sahaja mampu membe
kalkan air kepada pesawah di daerah terbabit
malah sekali gus menjana pertumbuhan
ekonomi setempat khususnya dalam sektor
pelanco ngan.
Ini merupakan berita gembira yang sekian
lama di nantikan oleh penduduk Terengganu
khususnya di daerah ini kerana cadangan pembinaan
projek Empangan Paya Peda Besut
Terengganu sebenarnya telah lama dicadangkan
semenjak Rancangan Malaysia Ke Tujuh
(RMK-7) lagi.
Ia bermula dari kajian kemungkinan yang
me nyeluruh yang telah dijalankan oleh pihak
perunding yang dilantik oleh Jabatan Pe ngairan
dan Saliran (JPS) Kementerian Pertanian.
Kajian ini telah dilaksanakan dalam RMK-7
dan pembinaan Empangan Paya Peda telah
dirancang untuk dilaksanakan dalam
Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK-8).
Walau bagaimanapun empangan ini tidak
dapat dibina disebabkan tiada peruntukan
yang disediakan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Datuk Seri Noh Omar berkata, pada asalnya
kerajaan menyediakan peruntukkan RM98 juta
dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan
(RMK-9) dengan pihak kementerian telah menjalankan
kerja-kerja rekabentuk, kajian alam
sekitar dan kajian tanah.
Katanya,projek pembangunan empangan
ini telah ditawarkan pada akhir tahun 2009
dan dijangka siap dalam pertengahan tahun
2013.
“Projek Empangan Paya Peda dicadang
supaya dibina yang bukan sahaja dapat meningkatkan
keupayaan dan kecekapan bekalan
air kepada Skim Pengairan Padi di daerah
BESUT serta bagi mengurangkan masalah banjir
di kawasan hilir Sungai Besut seperti Jertih,
Kampung Raja, Kuala Besut serta kawasan
berkaitan.
“Ia akan berfungsi sebagai sebuah pusat pe -
nyimpanan dan takungan air yang terbesar di
daerah Besut bagi kegunaan tanaman padi
terutamanya di musim kemarau,’’ katanya
semasa ber ucap pada majlis Pecah Tanah
Pembinaan Em pangan Paya Peda, Hulu
Besut,baru-baru ini. Hadir sama Menteri
Besar, Datuk Ahmad Said.
Dari segi impak lain, Noh berkata, selain
menyediakan bekalan air kepada pesa wah,
empangan terbabit apabila siap juga cuba
mempromosikan ekopelancongan dengan
menyedia kan kemudahan infrstruktur bagi
tujuan rekreasi berkonsepkan rekreasi berasaskan
takungan air.
Katanya,empangan ini akan mengandungi
beberapa komponen struktur seperti empangan
utama, empangan pelana, alur limpah,
struktur alir keluar, lencongan sungai, jalan
masuk.
“Keseluruhan empangan ini akan mengandungi
ciri-ciri yang lengkap untuk tujuan
operasi yang baik serta mengutamakan kesela
ma tan, antaranya outlet conduits, stilling
basin dan exit channel.
“Dalam pakej ini juga Angga Barrage dan
juga tali air terutamanya akan dinaik taraf
un tuk menampung jumlah air yang lebih
banyak manakala air dari Angga Barrage ini
akan disalirkan ke sawah padi secara graviti,”
katanya.
Empangan ini terletak 1.5 kilometer (km) di
hulu Angga Barrage dan 17km dari bandar
Jerteh. Empangan ini akan berada di cabang
Sungai Angga dan Sungai Peda.
Apabila siap nanti, seluas 77km persegi
akan menjadi kawasan tadahan dan takungan.
Kawasan ini terdiri dari kawasan hutan
sekunder jenis dataran rendah.
Adalah dijangkakan empangan ini mampu
mengumpul dan menakung air dalam kawasan
seluas 1,200 hektar.
Jumlah kuantiti air yang bakal ditakung
ada lah sebnyak 168 meter padu air secara pe -
nuh dan sebnyak 165 juta meter padu secara
biasa. Air ini cukup untuk bekalan pengairan
seluas 9,000 hektar iaitu kawasan jelapang
5,174 hektar, luar jelapang 1,783 dan kawasan
baru.
Pada keseluruhannya, dengan terbinanya
empangan ini, risiko fenomena kemarau
yang dihadapi dapat dikurangkan.

Selasa, 20 April 2010

SETIU KU

<script src="http://hijrah.mfrapps.com/hijrah.php?color=NOMBOR">script>SEJARAH PENUBUHAN DAERAH SETIU


Setiu merupakan daerah bongsu daripada tujuh daerah di dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Pada tahun 1980 Kerajaan Negeri telah meminta Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Menteri ( MAMPU ) supaya membuat kajian kemungkinan kekesanan sempadan daerah Negeri Terengganu. Hasil kajian tersebut Daerah Setiu telah di tubuhkan pada 1hb. Januari 1985. Ianya meliputi sebahagian daripada mukim-mukim dari Daerah Kuala Terengganu dan Besut.
Daerah ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar yang merupakan 10.49 % daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman dimana ianya bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut.


SEJARAH AWAL


Setiu adalah nama seorang Pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1870an. Ramai orang-orang bugis lari meninggalkan negeri mereka. Antara mereka adalah seorang Pahlawan bernama Tok Setiu. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain dari kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama berlayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II iaitu Sultan Tengganu yang ke-10 (1875 hingga 1881).


Dengan persetujuan Sultan Ahmad II beliau membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut suatu kawasan. Berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu menerima kekalahan. Memandangkan hal yang demikian Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan batuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam mengalami kekalahan.


Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai ketua di kampungnya dan menyebabkan pebgaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai. Semasa pimpinan Tok Setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai, adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah.


Selain daripada bertugas sebagai Ketua Kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat di mana ramai penduduknya yang belajar dengannya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk kampung Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat. Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap tahun.


Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok getah dan semak samun. Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupannya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkannya. Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk kampung menamakan tempat itu sebagai SETIU hingga sekarang menjadi sebuah Daerah.